Friday 28 September 2012

Ekplorasi Kota Sumatera Barat

Coretan atas kertas eksplorasi kota di Sumatera Barat. Bagi setiap backpackers mempunyai pendapat sendiri. Jadi disebabkan Sumatera Barat bukan tumpuan pelancong luar, jadi beberapa kekurangan seperti bus yang kurang (jadual pengangkutan).

Disebab itu, rancangan untuk menggunakan khidmat kenderaan sewa bagi memudahkan perjalanan. 

Tuesday 11 September 2012

Adat Perkahwinan di Bukittinggi versi Minangkabau (Part 2)

Selepas majlis pernikahan selesai..

Tiba ke acara kemuncak iaitu majlis kenduri/persandingan. Jika di Bukittinggi di sebut 'pesta'. Bermula kesibukan untuk menyiapkan pelaminan, baju pengantin dan hidangan makanan.

Bagi yang tertinggal (part 1) KLIK >>>


Majlis sewaktu di rumah perempuan 

 Juadah makanan yang disediakan. Menu daging kerbau pasti ada.

 Sekeliling rumah dari dalam sehingga luar semua ditutupi oleh kain


 Pelamin rumah lelaki

Pelaminan ini memakan masa hampir 2-3 jam untuk memasangnya. Apa yang menarik ialah lelaki yang memasang set pelaminan ini. 

 Pengiring/penjemput pengantin perempuan.

Tugas ini selalunya dilakukan oleh makcik pengantin lelaki/yang memang biasa dengan tugas ini kerana baju yang dipakai adalah kepunyaan sendiri BUKAN ditaja/disewa.

Kad ucapan dari ahli keluarga/rakan-rakan
 
 Bank negara Indonesia



 dirumah pengantin perempuan


 Menunggu kenderaan untuk ke rumah lelaki


 Pakaian adat pengantin Minangkabau


 Juru hidang



Setiap negara pasti memiliki adat istiadat tersendiri dalam perkahwinan. Memang seronok dapat merasai detik dari permulaan saat nikah sehingga majlis persandingan.

AMARAN : Jika anda ingin berkahwin dengan orang sumatera barat pastikan ANDA adalah Backpacker yang tegar KERANA perlu duduk seharian di pelamin.