Thursday 2 May 2013

Rindu Eropah Tawan Damascus


Penulis berasal dari Sitiawan, Perak ingin menjejak negara Eropah dengan berbekalkan RM500 di poket. Kembaranya berkonsepkan jika pokai akan berhenti di sesebuah negara dan mencari sebarang pekerjaan halal asal boleh menambah sumber kewangan. Munir menuju ke Thailand kemudian berpatah semula ke Singapura melalui jalan darat. Kemudian menaiki kapal laut menuju India. Kembara diteruskan menuju Pakistan, dan Syria.

 Usaha ke Eropah diteruskan melalui Turki dan ke Greece. Munir melalui fasa pernah disamun dan ditipu. Selain itu, nyawanya hampir melayang di tangan penyamun ketika di Turki. Usahanya merentas Greece menuju Eropah gagal dan kembali ke Syria.

Seorang yang bersemangat waja dan bermotivasi tinggi. Ketika memulakan perjalanan hanya fasih berbahasa Inggeris, tetapi akhirnya berjaya menguasai bahasa Arab dan mendalami bacaan al-Quran. Munir yang mempunyai CHRS - Certificate in Hotel and Restaurant services  dari ITM pernah bekerja sebagai peon dan wartawan. Dalam kembaranya, Munir pernah menjadi buruh kontrak dan menjadi chef  di Hotel Meridien, Syria.


Tahukah anda, sebagai pelajar jurusan perhotelan, kelayakan ini membolehkan anda memohon pekerjaan di hotel-hotel  bertaraf lima bintang di seluruh dunia!

Apakah rahsianya? Miliki naskhah hebat ini. Kisah perjalanan Munir dalam usia 22 tahun, sudah menjawat jawatan sebagai chef. Mungkin juga, ketika itu, beliau boleh diangkat sebagai chef pertama bertugas di Hotel Meridien, Syria!

Travelog ini memaparkan Munir berkenalan tiga orang pemuda yang ingin menuntut ilmu agama di Syria sehingga menjebak Munir mendalami bahasa Arab sekali gus mempelajari bacaan al-Quran. Akhirnya Munir mampu menguasai bahasa Arab (termasuk dialek masyarakat Syria).

Liku-liku perjalanannya mempertemukannya pelbagai pengalaman lucu, jelek, pelik dan meruntun naluri. Setiap perjalanannya mendapat restu daripada ibu bapa, dia menemui nilai silaturahim, dan nilai tentang betapa tidak perlu bersedih apabila gagal mencapai hasrat yang diinginkan.

Munir mendapati bahawa kegagalan yang dilalui sebenarnya memberikan sesuatu nikmat yang di luar duga untuk dilalui. Hajatnya untuk mendakap Eropah, tetapi berjaya menakluki Damascus dan Kota Suci Mekah, tempat idaman seluruh jutaan umat Islam. Sesuatu yang tidak dirancang itu sebenarnya menjadi hadiah yang terbaik untuk kehidupan. Buku ini wajar dimiliki bagi membangun motivasi diri dan menjadi bekal kepada para pengembara jalanan.

No comments:

Post a Comment