Thursday 12 July 2012

Hotel Di Bukittinggi ( Jl. Sudirman )





Kali ini sedikit info mengenai 'route' bagi lokasi hotel-hotel di Bukittinggi, Indonesia. Terdapat pelbagai lokasi  hotel di Bukittinggi antaranya di kawasan Jalan Sudirman. Setelah melewati Jalan Raya Padang Luar iaitu Kota Padang Panjang, terdapat beberapa hotel disebelah kiri dan kanan anda. Antaranya Hotel Bagindo, Hotel Kharisma, Hotel Nikita, Hotel Dymen. Rata-rata kadar sewa semalam dari serendah 300.000 rupiah semalam.


Disebelah kiri Jl. Sudirman


Hotel Dymen 


Merupakan hotel yang antara paling lama di Bukittinggi. Keadaan bangunan yang uzur dan patern yang agak oldskool. Namun ia berseseuaian bagi merehatkan mata dan badan setelah penat berjalan di Bukittinggi. 


Lokasi : Jalan Nawawi, Bukittinggi ( Bersebelahan Pertamina di Jalan Sudirman)

Tunjuk Arah : Jika sampai di Jalan Sudirman, cari Pertamina yang merupakan terdapat hanya 1 buah sahaja. Pertamina di sebelah kanan anda. Hotel dymen terletak bersebelahan Pertamina.

Kadar Harga :



Disebelah kanan Jl. Sudirman


Hotel Bagindo

Hotel berdasarkan 2* pada saya yang menawarkan harga kadar sewa yang agak tinggi. Ruangan bilik yang biasa dan bersesuaian bagi merehatkan mata dan badan.



Lokasi : Terletak di Jl. Sudirman (bersebelahan kiri anda sekiranya dari arah Padang Panjang).

Informasi : No. Tel - 0752 - 23100 / 21279 (+6275223100 / 21279)



Hotel Kharisma

Hotel bertaraf 3* yang menawarkan sewa bilik termasuk sarapan pagi. Kondisi yang cantik dan selesa. Ruangan makan pagi yang luas dan besar. Ruangan bilik bergantung kepada jenis bilik yang disewa.





Lokasi : Terletak di Jl. Sudirman (bersebelahan kiri anda sekiranya dari arah Padang Panjang).

Informasi : No. Tel - (0752) 626900 ( +62752626900)



Hotel Nikita

Hotel bertaraf 3* dengan kadar yang agak tinggi. Namun bersesuaian bagi yang mempunyai budget lebih. 





Lokasi : Terletak di Jl. Sudirman (bersebelahan kiri anda sekiranya dari arah Padang Panjang).




Tempat Makan : 



Sekiranya anda menginap di Hotel Nikita/Kharisma terdapat banyak lokasi tempat makan yang sedap dan murah. Antaranya ialah : 

1. Bakso : 
Lokasi kedai bersebelahan Hotel Nikita. Berada di persimpangan antara Jl. Sudirman menuju ke Jl. Batang Agam. (lokasi terletak bertentangan dengan Pertamina Jl. Sudirman).




2. Murtabak Mesir (aka macam murtabak mamak Malaysia)

Terletak berdekatan kawasan Hotel NIkita dan Kharisma. Lebih kurang ada 3/4 kedai   yang menjual murtabak. Paling special ialah Murtabak Kubang.


3. Rumah makan Sederhana

Terletak bersebelahan Hotel Bagindo. Jarak 1-2 minit berjalan kaki dari Hotel Nikita/Kharisma/Dymen.


4. Bakso Sedap

Kedai ini hanya menjual Bakso dan mee sup ayam. Jarak dengan berjalan kaki memakan masa 5-10 minit. Kedai ini memang kelihatan biasa namun mensajikan menu yang sedap.




Sebarang keperluan info boleh email gowestsumatra@gmail.com

Juga harap dapat maklum sekiranya terdapat sebarang pembetulan data/maklumat.





No comments:

Post a Comment