Monday 23 July 2012

Pantai Padang, Sumatra Barat






Kali ini saya kongsi sedikit info mengenai Pantai Padang, di Daerah Padang, Sumatera Barat. Pantai Padang adalah tempat tumpuan masyarakat padang dan pelancong luar. Lokasi terletak lebih kurang 35 minit dari Airport.

Perjalanan akan melalui pusat bandar untuk ke Pantai Padang. Namun tidak ramai yang rasa selesa dengan keadaan air yang kuat arus ombak. Menarik adalah air pantai ini berwarna coklat di pesisir pantai manakala biru jernih di tengah. Pada pendapat saya  mungkin kerana pasir pantai ini berwarna agak perang coklat.

Bagi kanak-kanak di sini, aktiviti meluncur adalah yang paling famous. Sesuai bagi yang baru belajar untuk surfing sebelum ke Pulau Mentawai. Itu bagi yang dah power la..

Sekiranya anda di Pantai Padang, terdapat banyak kedai jalanan di tepi tebing pantai. Pelbagai aneka makanan seperti sotong goreng tepung, pisang goreng, nasi goreng dan yang paling special air kelapa muda.

Pada masa akan datang, jarak perjalanan dari Airport akan lebih dekat setelah laluan baru dibuka. Laluan ini melalui pesisir pantai padang. 5 bulan yang lepas saya lihat masih lagi dalam pembikinan.


*gambar adalah perkongsian dari sumber google.


No comments:

Post a Comment