Monday, 23 July 2012

Pantai Padang, Sumatra Barat






Kali ini saya kongsi sedikit info mengenai Pantai Padang, di Daerah Padang, Sumatera Barat. Pantai Padang adalah tempat tumpuan masyarakat padang dan pelancong luar. Lokasi terletak lebih kurang 35 minit dari Airport.

Perjalanan akan melalui pusat bandar untuk ke Pantai Padang. Namun tidak ramai yang rasa selesa dengan keadaan air yang kuat arus ombak. Menarik adalah air pantai ini berwarna coklat di pesisir pantai manakala biru jernih di tengah. Pada pendapat saya  mungkin kerana pasir pantai ini berwarna agak perang coklat.

Bagi kanak-kanak di sini, aktiviti meluncur adalah yang paling famous. Sesuai bagi yang baru belajar untuk surfing sebelum ke Pulau Mentawai. Itu bagi yang dah power la..

Sekiranya anda di Pantai Padang, terdapat banyak kedai jalanan di tepi tebing pantai. Pelbagai aneka makanan seperti sotong goreng tepung, pisang goreng, nasi goreng dan yang paling special air kelapa muda.

Pada masa akan datang, jarak perjalanan dari Airport akan lebih dekat setelah laluan baru dibuka. Laluan ini melalui pesisir pantai padang. 5 bulan yang lepas saya lihat masih lagi dalam pembikinan.


*gambar adalah perkongsian dari sumber google.


Mentawai Island : How to go


If you have arrived at Minangkabau International Airport. You need to find a vehicle to Jetty BUngus. Estimated distance from the airport 45 minutes minangkabau. But if you still have to buy hardware or food, you must stop at the wet market. Various items can be found such as bread, fast food cans, water, sugar and others.



Jetty BUngus located at the mouth of the sea towards Jakarta if you want to jakarta by road. The roads are so narrow and the hole will make you happy as a result inevitably fluctuate.




When entering the BUngus, the view was beautiful with clear blue waters. You will go up the hill and hillside. Fare rate around 50-100 rupiah. Recommended you use a vehicle from a bus. This is because you can tell the driver to drop buy for a while. To rate a vehicle only around 450-500 rupiah.




Ambu Ambu ferry used to take you from the jetty BUNGUS to Muara Siberut. Departure time is every Thursday evening and the home is every Friday. Rate tickets very cheap at around 40-100 rupiah. There are also cabins 4 people and 2 people.

If you missed the ferry, one alternative is a wooden fishing boat. But you have to wait for fishermen who want to Mentawai and, if allowed. Length of time to get to the Mentawai is 8 hour ferry ambu ambu. While more than 12 hours if the fishing boat.

The Sumber Rejeki traditional Ferry (made from wood) travels overnight from Padang Bungus to Muara Siberut every Monday evening. From Muara Siberut to Padang, the ferry travels every tuesday nights.


Thursday, 19 July 2012

Puncak Lawang di Danau Maninjau

Kabupaten Agam Sumatera Barat mempunyai lokasi yang di panggil 'Puncak Lawang'. Lokasinya terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Kota Bukittinggi. Perjalanan ke Puncak lawang amat mencabar walaupun tidak melalui laluan lereng bukit. Perjalanannya melalui kawasan kampung yang berliku-liku tambahan pula ada kawasan yang naik bukit dan menuruni bukit.


Bagi yang mudah pening kepala dan cepat muntah, tidak digalakkan sama sekali. Namun ia adalah satu kerugian yang besar kerana pemandangan yang bakal dilepaskan amat menakjubkan sekali. 


Dari puncak akan kelihatan Danau Maninjau yang luas. Boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan danau akan kelihatan. Namun jika cuaca tidak baik, berkabus maka tidak ada pemandangan yang boleh dilihat.


Di atas puncak kabus tebal boleh berlaku walaupun pada jam 12.00 tengahari k. Kenapa..?? pasti tidak percaya bukan. Tapi itulah kejadian yang menakjubkan.


Aktiviti di atas puncak :


Khemah, Paragliding, Flying Fox, Jungle Tracking menuruni ke danau maninjau













Kawasan Sekitar Jam Gadang ( Jl. Jam Gadang )


Sekarang kita akan berada di Sekitar Jl. Jam Gadang, Bukittinggi, Indonesia, Sumatera Barat. Lokasi google map agak kurang yakin tapi boleh digunapakai kerana lokasi yang ingin ditunjuk hanya bersekitar Jam Gadang.


Jam Gadang terletak 50 meter dengan The Hills Hotel,


40 meter dengan Tugu Monumen Bung Hatta


150 meter dengan Lubang Jepung ( Lobang Japang ) di Jl. Panorama


140 meter dengan Muzium Perjuangan di Jl. Panorama


20 meter dengan KFC


25 meter dengan PIZZA HUT


25 meter dengan RAMAYANA Shopping Complex


20 meter dengan Paser Ateh


50 meter dengan Masjid Jamek Bukittinggi di Jl. Cindou Mato


60 meter dengan Muzium Haiwan Pelik/Muzium Bukittinggi/Kebun Haiwan




Lokasi Hotel murah dan budget


Hotel Cindoumato di Jl. Cindou Mato terletak 60 meter dari Jam Gadang. Lokasi amat mudah dicari dan selamat. Sekiranya dari Jam Gadang - menuju ke arah Masjid Jamek (menuju ke dalam paser ateh). Setelah anda melalui pintu utama masjid jamek (ia terletak di hadapan parkir kereta di pasar ateh), jalan 10 meter ke arah pintu masuk kebun haiwan/muzium haiwan pelik. Setelah hampir sampai di pintu gerbang kebun haiwan hotel tersebut akan terletak di sebelah kanan anda. Hotel amat selesa seperti rumah, tuan empunya seorang yang usia agak tua dan baik. 


Kadar sewa : 130,000 rupiah semalam.


Kemudahan : bilik mandi tidak bercampur, mempunyai hanya 8 buah bilik katil saiz queen, tidak menyediakan sarapan, lokasi malam dekat dengan jam gadang/kedai makan di kawasan 'kampong cino' di Jl. Ahmad Yani.

Thursday, 12 July 2012

Hotel Di Bukittinggi ( Jl. Sudirman )





Kali ini sedikit info mengenai 'route' bagi lokasi hotel-hotel di Bukittinggi, Indonesia. Terdapat pelbagai lokasi  hotel di Bukittinggi antaranya di kawasan Jalan Sudirman. Setelah melewati Jalan Raya Padang Luar iaitu Kota Padang Panjang, terdapat beberapa hotel disebelah kiri dan kanan anda. Antaranya Hotel Bagindo, Hotel Kharisma, Hotel Nikita, Hotel Dymen. Rata-rata kadar sewa semalam dari serendah 300.000 rupiah semalam.


Disebelah kiri Jl. Sudirman


Hotel Dymen 


Merupakan hotel yang antara paling lama di Bukittinggi. Keadaan bangunan yang uzur dan patern yang agak oldskool. Namun ia berseseuaian bagi merehatkan mata dan badan setelah penat berjalan di Bukittinggi. 


Lokasi : Jalan Nawawi, Bukittinggi ( Bersebelahan Pertamina di Jalan Sudirman)

Tunjuk Arah : Jika sampai di Jalan Sudirman, cari Pertamina yang merupakan terdapat hanya 1 buah sahaja. Pertamina di sebelah kanan anda. Hotel dymen terletak bersebelahan Pertamina.

Kadar Harga :



Disebelah kanan Jl. Sudirman


Hotel Bagindo

Hotel berdasarkan 2* pada saya yang menawarkan harga kadar sewa yang agak tinggi. Ruangan bilik yang biasa dan bersesuaian bagi merehatkan mata dan badan.



Lokasi : Terletak di Jl. Sudirman (bersebelahan kiri anda sekiranya dari arah Padang Panjang).

Informasi : No. Tel - 0752 - 23100 / 21279 (+6275223100 / 21279)



Hotel Kharisma

Hotel bertaraf 3* yang menawarkan sewa bilik termasuk sarapan pagi. Kondisi yang cantik dan selesa. Ruangan makan pagi yang luas dan besar. Ruangan bilik bergantung kepada jenis bilik yang disewa.





Lokasi : Terletak di Jl. Sudirman (bersebelahan kiri anda sekiranya dari arah Padang Panjang).

Informasi : No. Tel - (0752) 626900 ( +62752626900)



Hotel Nikita

Hotel bertaraf 3* dengan kadar yang agak tinggi. Namun bersesuaian bagi yang mempunyai budget lebih. 





Lokasi : Terletak di Jl. Sudirman (bersebelahan kiri anda sekiranya dari arah Padang Panjang).




Tempat Makan : 



Sekiranya anda menginap di Hotel Nikita/Kharisma terdapat banyak lokasi tempat makan yang sedap dan murah. Antaranya ialah : 

1. Bakso : 
Lokasi kedai bersebelahan Hotel Nikita. Berada di persimpangan antara Jl. Sudirman menuju ke Jl. Batang Agam. (lokasi terletak bertentangan dengan Pertamina Jl. Sudirman).




2. Murtabak Mesir (aka macam murtabak mamak Malaysia)

Terletak berdekatan kawasan Hotel NIkita dan Kharisma. Lebih kurang ada 3/4 kedai   yang menjual murtabak. Paling special ialah Murtabak Kubang.


3. Rumah makan Sederhana

Terletak bersebelahan Hotel Bagindo. Jarak 1-2 minit berjalan kaki dari Hotel Nikita/Kharisma/Dymen.


4. Bakso Sedap

Kedai ini hanya menjual Bakso dan mee sup ayam. Jarak dengan berjalan kaki memakan masa 5-10 minit. Kedai ini memang kelihatan biasa namun mensajikan menu yang sedap.




Sebarang keperluan info boleh email gowestsumatra@gmail.com

Juga harap dapat maklum sekiranya terdapat sebarang pembetulan data/maklumat.