Thursday 19 July 2012

Kawasan Sekitar Jam Gadang ( Jl. Jam Gadang )


Sekarang kita akan berada di Sekitar Jl. Jam Gadang, Bukittinggi, Indonesia, Sumatera Barat. Lokasi google map agak kurang yakin tapi boleh digunapakai kerana lokasi yang ingin ditunjuk hanya bersekitar Jam Gadang.


Jam Gadang terletak 50 meter dengan The Hills Hotel,


40 meter dengan Tugu Monumen Bung Hatta


150 meter dengan Lubang Jepung ( Lobang Japang ) di Jl. Panorama


140 meter dengan Muzium Perjuangan di Jl. Panorama


20 meter dengan KFC


25 meter dengan PIZZA HUT


25 meter dengan RAMAYANA Shopping Complex


20 meter dengan Paser Ateh


50 meter dengan Masjid Jamek Bukittinggi di Jl. Cindou Mato


60 meter dengan Muzium Haiwan Pelik/Muzium Bukittinggi/Kebun Haiwan




Lokasi Hotel murah dan budget


Hotel Cindoumato di Jl. Cindou Mato terletak 60 meter dari Jam Gadang. Lokasi amat mudah dicari dan selamat. Sekiranya dari Jam Gadang - menuju ke arah Masjid Jamek (menuju ke dalam paser ateh). Setelah anda melalui pintu utama masjid jamek (ia terletak di hadapan parkir kereta di pasar ateh), jalan 10 meter ke arah pintu masuk kebun haiwan/muzium haiwan pelik. Setelah hampir sampai di pintu gerbang kebun haiwan hotel tersebut akan terletak di sebelah kanan anda. Hotel amat selesa seperti rumah, tuan empunya seorang yang usia agak tua dan baik. 


Kadar sewa : 130,000 rupiah semalam.


Kemudahan : bilik mandi tidak bercampur, mempunyai hanya 8 buah bilik katil saiz queen, tidak menyediakan sarapan, lokasi malam dekat dengan jam gadang/kedai makan di kawasan 'kampong cino' di Jl. Ahmad Yani.

No comments:

Post a Comment