Coretan atas kertas eksplorasi kota di Sumatera Barat. Bagi setiap backpackers mempunyai pendapat sendiri. Jadi disebabkan Sumatera Barat bukan tumpuan pelancong luar, jadi beberapa kekurangan seperti bus yang kurang (jadual pengangkutan).
Disebab itu, rancangan untuk menggunakan khidmat kenderaan sewa bagi memudahkan perjalanan.
Showing posts with label padang panjang. Show all posts
Showing posts with label padang panjang. Show all posts
Friday, 28 September 2012
Thursday, 17 May 2012
Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau
Jika anda menjejak kaki di Padang Panjang, Sumatera Barat. Pastikan anda singgah seketika di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Terletak kira-kira 5 minit perjalanan dari pusat bandar Padang Panjang. Sekiranya anda melalui dari arah Padang, lokasinya terletak disebelah kiri.
Bayaran masuk dikenakan : 3000 rupiah @ anggaran RM1.00
Menurut ibu yang menjaga rumah gadang ini, usia rumah ini kira-kira hampir 100 tahun dan sebelum ini ialah rumah kediaman individu di Padang Panjang. Namun ia telah diberikan kepada bahagian perlancongan sebagai rumah dokumentasi dan informasi kebudayaan minangkabau.
Di rumah ini terdapat pelbagai info adat minangkabau mengikut pelbagai versi seperti bahasa minangkabau, bahasa belanda, bahasa indonesia dan bahasa english. Ramai sejarahwan yang sering bertandang ke rumah ini bagi mengkaji asal usul budaya dan adat minangkabau.
Juga terdapat sewaan pakaian adat pengantin minangkabau berserta set pelamin yang penuh sulaman. Anggaran sewaan ialah 35 ribu rupiah sahaja. Sekiranya anda mempunyai susur alur darah minangkabau, rumah ini amat bersesuaian bagi anda mencari ilmu dan maklumat.
Info gambar : google image search
Subscribe to:
Posts (Atom)

