Showing posts with label paya kumbuh. Show all posts
Showing posts with label paya kumbuh. Show all posts

Wednesday, 15 May 2013

Lembah Harau, Paya Kumbuh



Lokasi : Harau, Paya Kumbuh (1 jam dari bukittinggi)

Bayaran : 10,000 idr seorang

Keadaan : Pemandang yang amat menakjubkan, pemandangan dari atas bukit terbaik dan cantik. Terdapat 2 air terjun yang biasa di kunjungi oleh pengunjung. Kesejukan air yang asli dan jernih.

Tuesday, 14 May 2013

Ngalau Indah, Paya Kumbuh



:::


:::


:::


:::


:::


:::




Lokasi : Terletak di pinggir jalan menuju ke Paya Kumbuh.

Jarak : dari Bandar Bukittinggi lebih kurang 40 minit.

Bayaran : Percuma / 50,000 idr

Keadaan : Gua masih asli tetapi ada kerosakan dinding gua akibat contengan dan sampah sarap yang banyak..Perlu penjagaan dari pihak yang berkenaan. Berpeluang besar menjadi tempat perlancongan yang menarik kerana, pemandangan sewaktu menaiki ke atas gua anda akan dapat melihat pemandangan kota Paya Kumbuh secara menyeluruh.



Monday, 2 April 2012

Paya Kumbuh - Adventure of Indah Cave a.k.a Ngalau Indah






Ngalau Indah atau Gua Indah terletak di dalam daerah kawasan Paya Kumbuh. Ia merupakan tempat wisata Paya Kumbuh. Terletak kira-kira 30 minit dari Bandar Bukittinggi dan amat mudah untuk jumpai. 

Lokasi terletak di atas bukit yang perlu ditempuh oleh kenderaan sekiranya ingin mengunjungi gua tersebut, ianya seperti menaiki Gunung Jerai jalan nya tapi tidak lah terlalu tinggi. 

Dari Pandangan atas bukit terlihat jelas Bandar Paya Kumbuh dengan jelas. Gua tersebut masih dijaga keaslian struktur  stalactite dan stalagmite di dalam gua tersebut. Namun masih ada juga segelintir warga tempatan yang tidak sayang keindahan yang diberikan.

Bau asli gua kuat dihidu dengan hidupan kelawar jelas tergantung di syiling gua. Keadaan dalam gua telah diubah dan ditambahbaik dengan tangga agar memudahkan pengunjung melalui trek di dalam gua.

Air mata dari celahan gua juga kelihatan, terdapat juga dinding gua yang berwarna akibat tindakbalas kimia. Namun ia masih asli, juga terdapat beberapa tempat yang telah diberikan gelaran seperti 






Ruangan luas yang berada tidak jauh dari mulut gua Ngalau Indah dimana terdapat batu gajah yang pertama, dan beberapa batuan besar lainnya yang bentuknya menyerupai sebuah altar.



Batu Tetesan Air Mata, Batu Tangkai Payung, Batu Kelambu, Batu Tirai Pengantin, dan Batu Ibu Menangis






Sebuah stalagmit Ngalau Indah yang bentuknya menyerupai sebuah singgasana raja



rujukan gambar :
http://thearoengbinangproject.com/2011/05/wisata-ngalau-indah-payakumbuh/