Showing posts with label jam gadang. Show all posts
Showing posts with label jam gadang. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

Kawasan Sekitar Jam Gadang ( Jl. Jam Gadang )


Sekarang kita akan berada di Sekitar Jl. Jam Gadang, Bukittinggi, Indonesia, Sumatera Barat. Lokasi google map agak kurang yakin tapi boleh digunapakai kerana lokasi yang ingin ditunjuk hanya bersekitar Jam Gadang.


Jam Gadang terletak 50 meter dengan The Hills Hotel,


40 meter dengan Tugu Monumen Bung Hatta


150 meter dengan Lubang Jepung ( Lobang Japang ) di Jl. Panorama


140 meter dengan Muzium Perjuangan di Jl. Panorama


20 meter dengan KFC


25 meter dengan PIZZA HUT


25 meter dengan RAMAYANA Shopping Complex


20 meter dengan Paser Ateh


50 meter dengan Masjid Jamek Bukittinggi di Jl. Cindou Mato


60 meter dengan Muzium Haiwan Pelik/Muzium Bukittinggi/Kebun Haiwan




Lokasi Hotel murah dan budget


Hotel Cindoumato di Jl. Cindou Mato terletak 60 meter dari Jam Gadang. Lokasi amat mudah dicari dan selamat. Sekiranya dari Jam Gadang - menuju ke arah Masjid Jamek (menuju ke dalam paser ateh). Setelah anda melalui pintu utama masjid jamek (ia terletak di hadapan parkir kereta di pasar ateh), jalan 10 meter ke arah pintu masuk kebun haiwan/muzium haiwan pelik. Setelah hampir sampai di pintu gerbang kebun haiwan hotel tersebut akan terletak di sebelah kanan anda. Hotel amat selesa seperti rumah, tuan empunya seorang yang usia agak tua dan baik. 


Kadar sewa : 130,000 rupiah semalam.


Kemudahan : bilik mandi tidak bercampur, mempunyai hanya 8 buah bilik katil saiz queen, tidak menyediakan sarapan, lokasi malam dekat dengan jam gadang/kedai makan di kawasan 'kampong cino' di Jl. Ahmad Yani.

Wednesday, 14 March 2012

Bukittinggi - Jam Gadang

Jam Gadang adalah nama untuk sebuah menara jam yang terletak di jantung kota Bukittinggi, provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Masyarakat setempat menamakannya "Jam Gadang" (bahasa Minang), oleh karena memang menara jam ini memiliki jam dengan ukuran besar di empat sisinya; di mana "gadang" dalam bahasa Indonesia memiliki arti "besar".

Jam Gadang dibangun pada tahun 1926 oleh seorang arsitek bernama Yazin Sutan Gigi Ameh. Jam Gadang ini merupakan hadiah dari Ratu Belanda kepada Rook Maker, Controleur atau sekretaris kota Bukittinggi pada masa pemerintahan Hindia Belanda. Peletakan batu pertama menara jam ini dilakukan oleh putra pertama Rook Maker yang pada saat itu masih berumur 6 tahun. -rujukan wikipedia-


it call 'Bendi' charge around 50,000 idr

Jam Gadang at West Sumatra
 
 View at night

Bagi yang ingin ke Sumatera Barat, pasti akan mengetahui atau di ceritakan mengenai Jam Gadang. Terletak di atas kawasan bukittinggi. Pernah menurut info daripada penduduk setempat, terdapat bangunan hotel yang terbengkalai kononnya ia melebihi ketinggian bumbung Jam Gadang. Sehingga sekarang masih lagi tidak diteruskan. Ini mungkin penghormatan bagi kewujudan Jam Gadang.

Sejak didirikannya, menara jam ini telah mengalami tiga kali perubahan pada bentuk atapnya. Awal didirikan pada masa pemerintahan Hindia Belanda, atap pada Jam Gadang berbentuk bulat dengan patung ayam jantan menghadap ke arah timur di atasnya. Kemudian pada masa pemerintahan pendudukan Jepang berbentuk klenteng. Dan sejak proklamasi kemerdekaan Indonesia, atap pada Jam Gadang berbentuk atap pada rumah adat Minangkabau (Rumah Gadang).

Jam Gadang dibangun tanpa menggunakan besi peyangga dan adukan semen. Campurannya hanya kapur, putih telur, dan pasir putih. Keunikan dari Jam Gadang sendiri adalah pada kesalahan penulisan angka Romawi empat ("IV") pada masing-masing jam yang tertulis "IIII". Kesahalan penulisan seperti itu juga sering terjadi di belahan dunia, seperti angka 9 yang ditulis "VIIII" (seharusnya "IX") ataupun angka 28 yang ditulis "XXIIX" (seharusnya "XXVIII") .



Kini kawasan Jam Gadang menjadi tumpuan penghuni di Sumatera Barat (Padang, Paya Kumbuh, Pekan Baru) untuk melepak sekitar Jam Gadang pada malam minggu. Terdapat juga peniaga kecilan menjual pelbagai cendermata dan makanan ringan. Kedinginan malam pasti meninggalkan kenangan yang menarik.