Pesisir Selatan merupakan salah satu kabupaten di dalam Sumatera Barat. Perjalanan mengambil masa kira-kira hampir 3 jam dari Kota Padang menuju ke Kota Painan. Lokasi Jembatan Akar terletak di Kampung Pulut-Pulut, 24KM dari kota Painan dan 90KM dari Kota Padang.
Namun rata-rata memaklumkan perjalanan mengambil masa lama akibat kelajuan perjalanan yang tidak boleh laju dan keadaan jalan yang teruk dan berliku.
Jembatan Akar ini dibuat oleh seorang tokoh masyarakat bernama Pakiah Sokan pada tahun 1916 dengan tujuan untuk menghubungkan 2 desa yang terpisah oleh sungai. Jembatan ini semakin lama usia semakin kukuh kerana akar pokok saling erat dan kukuh.
Lokasi nya terletak dikawasan sungai yang jernih dan cantik. Namun masih terdapat segelintir insan yang membuang sampah di kawasan Jembatan Akar. Namun jika ia dijaga dengan rapi pasti menjadi pusat pelancongan yang bagus. Selain di Sumatera Barat, terdapat juga jembatan akar di Indonesia dan di negara India.
Pelawat boleh menggunakan kenderaan sewa, angkutan awam untuk ke kawasan lokasi. Bagi angkutan awam, bermula dari Kota Padang menuju ke Kota Painan kemudian menaiki angkut umum ke Kampung Pulut-Pulut dalam kecamatan Bayang.
No comments:
Post a Comment