Thursday 29 March 2012

Bukittinggi - Peneraju Hasil Kain Sulaman

Jika Bandung hebat dengan 'boutique outlet' dan penghasilan barangan kulit. Jika anda sebut tentang membeli belah pasti terfikir Kota Bandung seperti Pasar Baru, Jalan Setiabudi dan Cibaduyut.

Jika anda gilakan perabot jati pasti terfikir Kota Bali perusahan perabot kayu jati. Harga sehingga mencecah ribuan ringgit. Sehinggakan ada yang sanggup membeli 1 kontena perabot jati bagi memuaskan hati masing-masing.

 sulam peniti

Namun, anda pasti terlepas pandang mengenai salah satu kawasan di Sumatera Barat (Bukittinggi). Koleksi sulaman di bukittinggi pasti memikat penggemar fesyen dan style. Beberapa jenis sulaman yang ada di Bukittinggi seperti sulam pita (reben), sulam peniti, sulam timbul, sulam kerancang, sulam suji dan sulam songket.

 sulam suji

Antara sulaman tersebut mengambil masa kira-kira 2 minggu hingga 4 minggu bagi menyiapkan satu (1) pasang kain. Bagi sulaman yang diukir corak menggunakan cop ia lebih cepat disiapkan. 

 sulam timbul

Pelbagai jenis fesyen pakaian yang bersesuaian untuk dicuba gubah seperti jubah labuh, dress labuh, baju kurung moden, kurung pahang dan blouse. Juga terdapat fesyen yang moden untuk digubah.

 sulam peniti

Sulaman pita berasal dari daerah Paya kumbuh, sulaman peniti dari daerah bukittinggi, sulaman songket dari daerah pandai sikek. Kaedah sulaman menggunakan alat seperti 'ram', jarum khas dan benang.

nurhikmah99 di surat khabar Kosmo mengenai sulaman bukittinggi
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_03.htm

No comments:

Post a Comment