Monday 12 March 2012

Bukittinggi - Rasai kedinginan ciptaan

Sumatera Barat adalah salah satu provinsi di Indonesia yang terletak di pesisir barat pulau Sumatera dengan ibu kota Padang. Sumatera Barat berbatasan langsung dengan Samudra Hindia di sebelah barat, provinsi Jambi dan provinsi Bengkulu di sebelah selatan, provinsi Riau di sebelah timur, dan provinsi Sumatera Utara di sebelah utara. Berdasarkan data dari Badan Pusat Statistik, Sumatera Barat merupakan salah satu dari sebelas provinsi di Indonesia yang paling sering dikunjungi oleh para wisata. 

Bukittinggi - perjalanan memakan masa 2-3 jam dari Airport Padang. Perjalanan bergantung kepada kesesakan lalulintas. Sekiranya ingin menggunakan kenderaan awam, boleh merasai pengalaman menaiki bas awam di Padang. Tiket anggaran 10-20 ribu rupiah seorang. Namun anda perlu menunggu sehingga bas tersebut penuh.

Selain itu, anda boleh menggunakan trapel iaitu sejenis kenderaan mpv yang digunakan untuk membawa penumpang ke lokasi yang ingin dituju. Jika ke Bukittinggi kos anggaran 40-50 ribu rupiah seorang. Maksimum yang akan dipenuhi sehingga 5 orang sahaja. Ia lebih selesa kerana anda boleh meminta supir untuk singgah di lokasi tertentu spt toilet/beli makanan.

Anda juga boleh komplot dengan supir berkenaan bagi menjemput sewaktu pulang ke airport. Supir akan jemput anda terus ke hotel atau lokasi yang diingini dengan bayaran sama.

Cuaca di Bukittinggi selesa dengan suasana dingin tambahan pula pada waktu malam. Pada siang hari anda tidak merasai titik peluh menitis apabila jalan-jalan shopping di Bukittinggi.


Pelbagai aktiviti yang pasti menyeronokkan percutian anda. Walaupun anda di berada di Bandung mahupun di Jakarta. Namun anda masih boleh membeli belah dengan harga yang rendah dan murah. Bagi Bukittinggi, pengeluaran kain sulaman pasti memikat hati anda. 

Selain itu, rasai masakan minangkabau yang enak dan sedap. Makanan yang pasti halal 99% tanpa perlu meragui. Kos makanan yang rendah dan murah menanti anda di Bukittinggi. Jika anda inginkan makanan ala biasa, pelbagai jenis makanan bakal menanti spt sate madura, sate padang, bakso, murtabak mesir, roti bakar bandung, jagung bakar dan lain-lain lagi.






No comments:

Post a Comment